Sahabat Ejen

Anda Mungkin Tak Perlukan Ejen Hari Ini. Tapi Anda Mungkin Perlukan Seseorang Untuk Dirujuk Suatu Hari Nanti.

Sahabat Ejen ialah platform networking yang memperkenalkan anda dengan seorang wakil takaful yang profesional dan dipercayai untuk anda kenali, hubungi dan rujuk apabila diperlukan.

Tak perlu terus membeli
Tak perlu membuat keputusan hari ini
Mulakan dengan satu connection

Kenapa perlu berkenalan awal?

Saya Tak Ada Apa-apa Masalah Pun. Kenapa Saya Perlu Menjadi Sahabat Ejen?

Wanita berhijab merenung di ruang pejabat yang terang

Sahabat Ejen bukan diwujudkan semata-mata mencari orang yang sedang dalam masalah. Ia diwujudkan supaya anda tidak bersendirian apabila masalah itu datang.

Hampir 20 tahun berada dalam industri takaful memperlihatkan kami satu perkara yang sering berulang: ramai orang hanya mula mencari bantuan selepas sesuatu berlaku. Pada ketika itu, mereka mungkin perlu berdepan proses tuntutan, protokol penghospitalan, permohonan Guarantee Letter (GL), dokumen dan terma kontrak yang tidak mudah difahami.

Apabila maklumat tidak lengkap atau proses tidak jelas, keputusan mudah menjadi tergesa-gesa. Sahabat Ejen diwujudkan supaya anda boleh berkenalan lebih awal, memahami perkara penting dan tahu kepada siapa boleh dirujuk apabila timbul persoalan.

Jangan tunggu masalah datang dulu untuk mencari bantuan. Kenali bantuan sebelum hari anda memerlukannya.

Satu titik rujukan

Seorang Sahabat. Satu Connection. Satu Titik Rujukan.

Sahabat Ejen membuka ruang untuk anda bertanya, berbincang dan memahami asas perlindungan sebelum membuat keputusan. Bukan setiap perbualan perlu berakhir dengan pembelian.

Tanya

Kemukakan perkara yang anda kurang jelas.

Bincang

Dapatkan ruang perbincangan yang terbuka dan profesional.

Fahami

Kenali maklumat dan terma penting sebelum membuat keputusan.

Semak

Rujuk fakta, dokumen dan perkara yang dinyatakan dalam kontrak.

Kenal · Tanya · Fahami

4 Langkah Mudah Untuk Bermula.

Tidak perlu tergesa-gesa. Mulakan dengan memahami, kemudian tentukan langkah yang sesuai.

  1. 01

    Kenali

    Ketahui siapa kami dan mengapa Sahabat Ejen diwujudkan.

  2. 02

    Tanya

    Kemukakan soalan tentang perkara yang anda mahu fahami.

  3. 03

    Fahami

    Dengar penerangan dan semak maklumat yang berkaitan.

  4. 04

    Buat Keputusan

    Ambil langkah seterusnya hanya apabila anda benar-benar jelas.

Fakta sebelum anda percaya

Tak Perlu Percaya Sebelum Lihat Fakta Dan Bukti. Faham Dahulu. Semak Dahulu.

Soalan yang baik membantu kita memahami perlindungan dengan lebih tepat. Kami menggalakkan anda merujuk kandungan kontrak, bertanya perkara yang kurang jelas dan mengelakkan keputusan hanya berdasarkan andaian.

Ketahui prinsip kami

“Di mana ia dinyatakan?”

Persediaan mengikut persetujuan

Sahabat Protection Profile™

Rekod maklumat penting yang anda bersetuju untuk susun lebih awal — supaya perkara berkaitan perlindungan dan keperluan rujukan dapat dikenal pasti dengan lebih jelas apabila diperlukan.

Terokai Protection Profile™
  • Perlindungan
  • Kesihatan
  • Aset
  • Liabiliti
  • Keluarga
  • Pewarisan

Mulakan dengan satu perkenalan

Anda Tak Perlu Lagi Membuat Keputusan Tergesa-gesa.

Mulakan dengan mengenali seorang Sahabat Ejen yang boleh anda percayai hari ini.

Kenali Sahabat Ejen anda
Ask Sahabat Ejen